free counters

29 Ogos 2009

Selamat datang Ramadhan




Seronok bila masuk bulan ramadhan ni,bulan yang diturunkan al-Quran.Semua orang berpusu-pusu nak ke masjid pada waktu malam.Ialah...saban tahun kita diingatkan oleh 'ustaz-ustaz' yang ramadan ni bulan yang penuh dengan kelebihan.Tak ada bulan lain yang disunatkan terawih melainkan ramadhan,ramadhan ni unik.Baguslah,sama-sama kita kejar rahmat dan keampunan Allah s.w.t di bulan mulia ni...tapi yang peliknya,kenapa bulan lain masjid tidak diimarahkan?


Berpuasa di DQ,boleh iftor ramai-ramai..kadang-kadang beli lauk tambahan.Tapi tetap tak boleh mengubat rindu masakan emak.Kalau kat rumah sekali berbuka paling kurang ada 2 jenis lauk,tapi kat DQ...?Takpelah,ni lah namanya mujahadah dalam perjuangan.Perjuangan menuntut ilmu.Bak kata seorang ustaz ni,"3 tahun je kamu rasa macam ni,lepas ni dah tak merasa berbuka ramai-ramai dengan sahabat kat DQ.Kalau kat hostel makan nasi dengan kicap pun habis,tapi kat rumah...kamu nak makan macam tu?" Kesimpulannya,rumah dan hostel dua-dua ada kelebihan masing-masing.Tepuk dada tanya iman...


Tapi memang tak boleh lupa masa belajar di MTDUB dulu.Bulan ramadhan adalah bulan kekenyangan.Bermula dari berbuka puasa pada petangnya sampai ke malam sebelum tidur,penuh dengan aktiviti makan!Mana tidaknya,petang kebiasaannya ustaz bawa pergi pasar ramadhan untuk beli sedikit juadah.Moreh lagi disediakan,kemudian disambung dengan makanan yang dihantar oleh ibu bapa kawan-kawan.Dan sebelum tidur...pelajar-pelajar yang dijemput menjadi imam terawih di luar akan membawa pulang kuih muih dari masjid atau surau di luar.Memang murah rezeki.


Sayangnya,semua tu tinggal kenangan.Tapi kenangan yang tetap terpahat padu dalam hati.Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah,telah ditinggalkan untuk meneruskan perjuangan(bukan teruskan kekenyangan )di bumi Allah s.w.t.Semua telah berpisah membawa haluan masing-masing.Najme,Arif,Solihi,Ayien,Duan,Alif pem,Alif New,Limi dan Kandar...kami di DQ sentiasa mendoakan kejayaan korang semua.Adik-adik pelapis di Maahad...hargailah masa-masa disana.Apa yang kamu lalui sekarang adalah memori masa depan,jangan calarkan memori dengan perkara yang tak sepatutnya.


Benarlah kata seorang ustaz di maahad dahulu "Kenangan di sekolah berasrama,adalah kenangan yang paling berharga dalam hidup dan tak mungkin berulang".Kini aku meyakini kata-kata itu...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...