free counters

19 Ogos 2009

Graduan IPT Islam

Pelajar DQ diberi cuti seminggu gara2 wabak atau bala influenza a h1n1.Tak ada yang dijangkiti,cuma sebagai langkah berjaga-jaga...bagus juga,ada peluang nak rehat sikit sebelum exam nanti.Exam pulak bulan puasa...memang betul2 ujian.

Pagi tadi sempat tengok 1 rancangan bual bicara pagi kat tv, rasa tertarik sangat dengan tajuk yang diorang bincangkan.Perbincangan berkisar tentang 1 artikel surat khabar hari ni,50 000 graduan IPT Islam menganggur.Uish,ramai tu!!!

Tapi dalam 50 000 orang tu,tak pastilah berapa ramai yang betul2 ambil bidang agama.Tak sempat nak beli lagi surat khabar hari ni.Yalah,sekarang ni kalau duduk IPT Islam belum tentu ambil bidang agama Islam.Yang menariknya,macam2 pendapat yang keluar dari penonton kat rumah.Ada seorang kakak tu kata graduan IPT Islam ni tak macam dulu.Dulu kalau keluar dari IPT Islam ni balik mesti jadi ustaz,tapi sekarang dah lain kadang2 perangai sama je dengan budak2 IPT lain.

Betul juga cakap kakak tu...yalah kadang2 bukan semua yang ambil bidang agama Islam kat IPT Islam.Bukan cakap yang ambil bukan bidang agama ni jahat...bukan macam tu.Tapi nak beritahunya,bukan semua golongan 'ustaz'.

Pengacara wanita cakap graduan IPT Islam ni kena lebih kreatif dan lebih berdaya saing.Kreatif macam mana?Maknanya janganlah mengharapkan kemahiran yang ditulis atas sijil je...mesti ada kemahiran tambahan,baru boleh bersaing dengan graduan2 lain.Betul juga...

Tapi yang paling menarik sekali pendapat pengacara lelaki tadi,Graduan IPT Islam ni kena lebih berkeyakinan sebagai seorang pejuang fisabilillah.Tepat dan padat!Itulah sebenar-benar rahsia kejayaan seorang da'ie.

Produk2 dari IPT Islam ni sepatutnya lebih menyerlah dari graduan lain.Sebab kita kena jadi golongan yang terkehadapan dalam segala bidang,bukan hanya tertakluk pada bidang yang kita ambil je.Yang paling penting,keyakinan...janganlah seorang pejuang itu bersifat lemah dan tak bermaya.

Tentang bab kerja pulak,kalau kita ikhlas kerana Allah dalam semua perkara,insyaAllah...Allah akan bantu.Tapi kena ada usaha dulu baru boleh bertawakkal kepada Allah.Mesti ada kemahiran tambahan,berdaya saing dan yang penting jangan tunjukkan pada orang ramai yang Islam itu lemah.Mesti tunjukkan yang Islam itu adalah yang terbaik.Seperti kata Saiyidina Umar,"Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah kerana Islam".Maknanya kejayaan manusia itu hanya dalam agama Islam,kalau Islam itu ditolak hilanglah kejayaan itu disisi Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...