free counters

08 Mei 2009

SALAM TA'ARUF

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan yang mentadbir sekalian alam kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menulis untuk blog ini buat kali pertama.Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepadanya kerana masih memberi nikmat pancaindera untuk digunakan dengan sebaik-baiknya.Hari ini mungkin ada diantara kita yang mahu pergi ke majlis2 ilmu tetapi nikmat kaki mereka telah diambil semula oleh yang empunya,ada diantara kita yang mahu mentelaah kitab2 agama tetapi telah dicabut nikmat mata mereka dan ada juga diantara kita yang teringin mendengar alunan ayat2 suci Al-Quran tetapi mereka tidak dikurniakan nikmat untuk mendengar seperti insan lain.Justeru,sebagai hamba yang masih dikurniakan nikmat2 dari Allah SWT kita seharusnya merasa bersyukur kepadaNya.Janganlah kita kufur kepadaNya.Syukur kita bukan hanya memadai dengan kata2 Alhamdulillah tetapi juga mestilah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah SWT.


Bagaimana untuk menzahirkan syukur kita kepada Allah SWT?Gunalah nikmat yang diberi dengan sebaik-baiknya.Sesungguhnya sesiapa yang tidak menggunakan nikmat pancaindera dengan betul dan mengikut jalan yang salah mereka itu menyamai haiwan ternakan bahkan lebih teruk lagi.Ini merupakan perumpamaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia sekaligus merupakan amaran dari Allah SWT supaya kita tidak menyalahgunakan nikmat yang telah dikurniakan.Oleh itu,sama2lah kita renungkan sejauh mana diri kita selama ini menggunakan nikmat Allah dengan sebetulnya.Apakah kita terlupa bahawa segala yang diberikan ini adalah percuma.Tugas kita yang tinggal cuma beribadat kepadaNya dengan penuh ketaatan,ingatlah bahawa tidak ada sedikit pun kerugian disisi Allah SWT jika kita tidak bersyukur tetapi kitalah yang akan menanggung azab yang pedih di akhirat kelak kerana kita tidak mengasihani diri kita sendiri.


Sama2lah kita bermuhasabah untuk membentuk jati diri seorang muslim yang sejati.Mungkin ramai orang yang berkata bahawa tidak ada manusia yang sempurna...ya,betul kita tidak boleh sempurna melainkan rasul2 kerana mereka golongan yang maksum tetapi saya memetik kata2 ustaz saya bahawa kita tidak boleh menjadi sempurna tetapi apa salahnya kita menuju kearah itu?tidak salah bagi kita untuk cuba yang terbaik untuk kebaikan didunia dan akhirat.Saya merayu dan menyeru kepada semua terutama kepada muda mudi,marilah kita berubah dan bersama-sama menyumbang dalam memartabatkan syiar Islam.Biarlah pemergian kita dari dunia ini kelak ada sumbangannya untuk Islam dan boleh dijadikan modal dalam usaha mencari syurga Allah SWT.


Sebelum saya menutup kalam dalam tulisan yang julung2 kalinya saya nukilkan dalam laman ini saya ingin mengajak semua merenungi kata2 hikmat dari seorang ulamak Islam,tapi maaflah saya kurang pasti siapa tapi yang pastinya ada intipati yang boleh kita ambil untuk panduan.


"ISLAM INI UMPAMA SEBUAH RUMAH BESAR YANG TERDAPAT DIDALAMNYA HARTA2 YANG BERHARGA.RUMAH INI HANYA BOLEH DIMASUKI MELALUI SATU PINTU DAN PINTU ITU HANYA BOLEH DIBUKA DENGAN SATU KUNCI.PINTUNYANYA ADALAH MUTABA'ATUNNABI(mengikut cara nabi)MANAKALA KUNCINYA ADALAH MAHABBATUNNABI(mencintai nabi)"


Justeru,marilah kita menanam sifat cintakan Rasulullah saw supaya kita dapat mengikut cara Rasulullah saw seterusnya dapat menggali lagi khazanah berharga yang terdapat dalam ISLAM.Assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...