free counters

30 Ogos 2009

Ramadhan's examination

Masih berbaki lagi 2 minggu untuk exam Al-Quran syafawi.Otak dah mula terasa letih,perancangan demi perancangan(bukan menipu) untuk exam dah disusun dalam kepala.Jadual ia'dah sendiri wajib dituruti.Sekali terlepas,alamat larilah target ia'dah tu.Walaupun al-Quran tu dihafal bukan untuk exam,tapi ni lah peluang nak tengok sejauh mana kualiti hafalan selama ni.

Dalam bulan puasa ni,susah nak cari masa nak ia'dah.Siang letih,malam terawih.Lepas terawih?Lagi masalah...Tak tau la kenapa MALAS sangat.Satu perkataan yang tak patut ada dalam kamus pelajar.Ya Allah,lemahnya aku ini...

Teringat kisah perang badar yang berlaku dalam bulan ramadhan.Tentera Islam hanya 313 orang nak dibandingkan dengan orang kafir yang jumlahnya mencecah 1000,bahkan lebih.Tetapi para sahabat dibawah pimpinan Rasulullah tak menunjukkan sedikit pun rasa gentar.Apatah lagi alasan letih sebab berpuasa.Bahkan perang itu dimenangi oleh orang Islam!Subhanallah...

Nak bandingkan dengan kita hari ni?Jauh panggang dari api.Bulan ramadhan la bulan menjadi malas di siang hari(diri sendiri...)."Ya Allah,kau kuatkanlah hatiku ini sepertimana hati hamba-hambamu yang berjuang di medan badar bersama kekasihmu".

Yang pastinya satu sifat yang wajib dibuang pada bulan ramadhan ni adalah MALAS.Ramadan bulan latihan untuk 11 bulan lagi yang akan datang,Kalau sebulan pun tak daya,lemah. Macam mana nak tempuh bulan yang lain?Aku mesti melawan tipu daya nafsu(syaitan tak ada).Semoga exam yang berlangsung pada bulan ramadhan ini dianugerahkan kejayaan oleh Allah s.w.t.Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...